=)

Luahan 3 June

Bayang seorang gadis terus menjadi  permainan dalam akal fikiran. Memikirkan hati dia yang lara dengan kisah lamanya. Kenangan dia bersama kekasih lama terus menghantui dirinya.Membuat hati ‘Kejap kembang kejap kecut’ sukar untuk membetulkan keadaan. Sekarang aku sebahagian dalam hidup dia. Biarpun hanya sekadar dipinggiran. Aku tetap berusaha berada diatas. Mungkin aku tidak layak mendapat mahkota emas yang telah dibawa bersama ke darul rizuan.  Mungkin aku tidak sempat memiliki Hati berlian yang telah dibeli oleh jejaka yang kaya dengan cintanya. Biarpun aku hanya mampu menghias mahkota perak  dan hanya mampu untuk menyentuh Hati berlian tiruan. Aku tetap berasa puas =)

Kau terus belari mencari matahari tika mendung menguasai diri. Andai kau jatuh dan berasa letih. Jangan risau, aku berada dibelakang untuk membantu kau terus belari mencari cahaya matahari. Sekiranya aku terjatuh, janganlah kau menoleh kebelakang. Terus belari dan jangan berenti selagi kau tidak berada dibawah pancaran matahari.   

Disebalik hati ini. Hanya maha mengatahui yang mengerti. Di setiap seribu senyuman, terdapat berjuta tangisan yang dipendam. Aku tetap bahagia walau perit yang datang menimpa. Cemburu pekara biasa dalam percintaan. Tipulah kalau sayang tetapi tidak cemburu. kerana sayang juga aku pendam ‘Negative’ lalu aku buang jauh dari hidup aku. Kerana aku sayang juga aku menitiskan air mata pertama kerana perempuan. Pahit manis biarlah takdir menentukan kita. satu aku pinta. Pahit kita lalui bersama. Manis kita merasa berdua.  Andailah esok aku tiada. Hari ini aku hendak menyatakan bahawa akulah orang yang paling bahagia walau hanya sekadar dapat menyentuh hati kau =’)


Yang benar: Banny iskandar